Exco Pergerakan Komulakan Upko

Exco Pergerakan Komulakan Upko
Rakan-rakan seperjuangan....

Wednesday, November 18, 2009

1999... dan 10 tahun kemudian

Sudah sebulan lebih saya tidak meng-update-kan blog saya ni. Rasanya terlalu banyak memberi tumpuan kepada Facebook. Apa tidaknya, banyak message saya terima di FB, lagipun boleh berkomunikasi langsung dengan rakan-rakan seperjuangan melalui FB. Banyak yang mencadangkan kepada saya hasrat mengadakan reunion untuk sekolah lama saya di SMK Bundu Tuhan, Ranau, di SM St. Michael, Penampang, di Matrikulasi Kota Kinabalu dan di Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Dan pelbagai bentuk mesej yang lain sehingga saya menjadi seorang yang aktif aktif memeriksa FB setiap kali selepas bangun dan sebelum tidur.

Apa sekalipun, sepanjang bulan Oktober yang lepas, Upko sibuk menganjurkan Konvensyen di peringkat Bahagian, termasuklah Pergerakan Komulakan Upko yang mengadakan Konvensyennya pada 31 Oktober 2009. Di peringkat pusat, kami mengadakan Persidangan Perwakilan Luar Biasa pada 7 November dan seterusnya 8 November 2009. Selain menghadiri prosiding penuh konvensyen dan pelancaran Upko Bahagian Kota Belud, saya turut hadir ke Konvensyen Upko Bahagian Ranau, Kimanis, Kota Marudu, Kudat, Tuaran, Keningau dan Penampang. Dalam kesempatan ini, banyak rakan seperjuangan samada yang ahli senior atau yang sama-sama dalam Pergerakan Komulakan Upko. Banyak isu-isu dan pandangan mereka terhadap sesuatu isu yang saya terima.

Apabila kami mencadangkan penganjuran Konvensyen Pergerakan Komulakan Upko, saya menerima banyak reaksi daripada kepimpinan. Kami belajar banyak perkara sepanjang proses ini. Apa sekalipun, penganjuran Konvensyen kami ini merupakan suatu pencapaian besar buat kumpulan penaja Pergerakan ini yang masih bersama-sama dalam satu pasukan sehingga kini. Keberdikarian, susunan aturcara dan prosiding konvensyen yang begitu tersusun sekali sangat membanggakan. Saya ucap tahniah kepada rakan-rakan dalam Exco dan seterusnya kepada ahli-ahli Pergerakan Komulakan Upko.

10 tahun yang lepas, pada ketika saya berada dalam Tingkatan 4. Saya menyertai ribuan orang yang hadir di Dewan Masyarakat Ranau untuk menyaksikan pelancaran parti Upko, iaitu nama parti baru yang digunakan menggantikan nama parti lama, PDS. Saya membawa kamera dan merakamkan setiap acara yang sangat hebat ketika itu. Dalam catatan buku saya yang bertajuk Upkonisme Komulakan, saya mendedikasikan satu bab khusus mengenai pengalaman saya berada dalam perhimpunan politik pada usia muda itu. Apapun, pada ketika itu, saya suda menanamkan dalam hati saya bahawa saya mahu menyumbang kepada proses pembangunan negara bangsa Malaysia melalui parti Upko ini.

10 tahun kemudian, melalui Pergerakan Komulakan Upko, saya bersama-sama dengan rakan seperjuangan yang lain mencorakkan pelbagai peranan dalam parti. Pada tahun lepas, kami berjaya melancarkan Pergerakan Komulakan di 19 Bahagian Upko. Pada tahun ini, kami berjaya menubuhkan Koperasi Komulakan Sabah Berhad (KOKOB) dan seterusnya mendapatkan sokongan daripada jelitawan Unduk Ngadau Upko. Tahun ini juga, merupakan kemuncak bagi Path of Leadership yang saya rangka untuk kumpulan penaja yang mula-mula menyertai Pergerakan ini pada tahun 2005 (pada ketika saya dan rakan-rakan lain masih di tahun akhir pengajian di universiti), iaitu dengan menganjurkan Konvensyen Pergerakan Komulakan Upko 2009.

Dari segi kewangannya, semua Exco menyumbang kepada penganjuran Konvensyen Komulakan ini. Komitmen dan dedikasi kalian dalam melaksanakan setiap tanggungjawab sangat mengharukan. Pada ketika saya dan rakan-rakan Exco yang lain memotong kek ulangtahun Pergerakan Komulakan semasa Sodop Komulakan Upko di Pusakag, timbul suatu perasaan bangga dan puashati saya terhadap penyertaan dan sumbangan ahli-ahli Pergerakan Komulakan dalam parti Upko. Kalian telah memberikan yang terbaik mengikut kapasiti masing-masing. Ada masanya, saya mempunyai pandangan yang agak berlainan ketika berhadapan dengan kepimpinan parti di Majlis Tertinggi Upko, tapi saya terus mengingatkan diri bahawa saya berada di situ di atas kapasiti sebagai Ketua Exco Pergerakan Komulakan Upko. Dan tanggungjawab saya adalah memastikan resolusi yang diputuskan dalam Konvensyen atau mesyuarat Exco Pergerakan Komulakan dibawa dalam setiap mesyuarat Majlis Tertinggi.

Semasa Konvensyen Upko pada 8 November 2009, saya tersentuh dengan penyertaan ramai ahli Pergerakan Komulakan Upko. Dahulunya, dalam Konvensyen Upko 2006, tidak sampai 30 orang ahli Komulakan yang hadir, tapi dalam Konvensyen kali ini, penyertaannya begitu menyerlah sekali. Hampir semua Bahagian diwakili oleh peserta dari Pergerakan Komulakan sehinggakan saya tidak dapat menemui semua Bahagian yang hadir. Tapi mereka memahami. Cuma saya sedikit tersentuh kerana ahli-ahli Pergerakan Komulakan sendiri tidak mempunyai banyak ruang untuk mengenali rakan seperjuangan terutamanya dari Bahagian-Bahagian yang berjauhan. Timbul dalam fikiran saya, bahawa pada tahun hadapan, kami memerlukan sebuah dewan yang lebih besar untuk Konvensyen Komulakan Upko 2010 untuk membolehkan penyertaan yang lebih meluas daripada ahli-ahli kami. Dan supaya kita mempunyai ruang seluas-luasnya untuk menanamkan semangat pisompuruan dan doktrin perjuangan Upko dalam jatidiri kita.

Apabila saudara Mcmanus membentangkan usul-usul politik dalam Konvensyen ini, pemimpin-pemimpin senior, perwakilan dan pemerhati datang menemui saya menyatakan harapan dan keyakinan mereka bahawa kesinambungan perjuangan dan kepimpinan suku bangsa Pasokmomogun tidak akan hilang. Bahawa hari esok bagi orang-orang kita adalah cerah. Bahawa Upko akan terus relevan. Saya ucap terima kasih di atas sokongan mereka. Saya sentiasa percaya bahawa keanggotaan Pergerakan Komulakan bukan setakat untuk memenuhkan korum setiap aktiviti, tetapi boleh menjangkau lebih daripada itu sekiranya diberi peluang. Saya kerap kali mengingatkan kepimpinan parti bahawa mendiang Datuk Peter Mojuntin menjadi Setiausaha Agung Upko yang pertama pada usia 26 tahun, Tan Sri Herman Luping menjadi Naib Presiden Upko pada usia 28 tahun dan begitu juga dengan Tan Sri Ganie Gilong. Pergerakan Komulakan Upko hari ini, diingati kerana ini.

Saudara Mcmanus, memberitahu saya semasa kami berdua menikmati hidangan menu katak di restoran 818 Donggongon, dia memberitahu saya,

“Seperti rasa ada kekosongan pula selepas Konvensyen ini. Bila berjumpa rakan seperjuangan lain, berkongsi aspirasi dan isu-isu rakyat di tempat masing-masing, dan kemudian berpisah, kembali ke tempat masing-masing, terasa keinginan untuk terus berkonvensyen.”

Saya bersetuju. Dan sebab itulah juga agaknya saya lambat mengemaskinikan blog ini.

Tuesday, October 13, 2009

Tan Sri Bernard Dompok is now a blogger


Tan Sri Bernard Dompok, the President of Upko cum Member of Parliament for Penampang and Minister of Plantation Industries and Commodities launched his blog today. His blog can be surfed at http://bernard-dompok.blogspot.com/.

Congrats to u, boss. Happy blogging!

Wednesday, October 7, 2009

Forum Komulakan Upko

Untuk makluman semua, sebuah forum baru dikenali Forum Komulakan Upko seperti URL di bawah...

http://upkonisme.forumotion.net

Tuesday, October 6, 2009

Semangat Komulakan Upko Kota Belud

Sepanjang hari 5 sampai hari minggu yang lepas, tumpuan saya lebih kepada Upko Bahagian Kota Belud dan Exco Pergerakan Komulakan Upko. Di Kota Belud, kami mengadakan Konvensyen dan pelancaran Bahagian kami. Hari seterusnya, kami mengadakan mesyuarat Exco Pergerakan Komulakan yang membuat keputusan untuk menangguhkan Konvensyen Komulakan Pusat yang mulanya dijadualkan pada 17 Oktober 2009 kepada 31 Oktober 2009 untuk memberi laluan kepada ahli-ahli kami mengikuti Konvensyen di peringkat Bahagian masing-masing terlebih dahulu.

Bah hari berikutnya, saya mengabadikan hari itu untuk merangka susunan semula jawatankuasa Pergerakan Komulakan Upko Kota Belud selepas penggabungan Bahagian lama Kadamaian dan Tempasuk. Jadi, saya menelefonlah dengan rakan-rakan dalam AJK dan seterusnya kepada rakan-rakan baru yang dicadangkan masuk dalam Jawatankuasa.

Saya telefon dulu si Doretty (dia datang Konvensyen kami yang hari 5, ex college mate sya di matrikulasi dulu baru terjejak kasih semula)...Sya call-call tidak dapat, balik-balik itu sumandak operator Celcom yang jawab. Trus sya sms si Doretty.

Saya : Mcm? I need to talk to you. Whr r u?

Doretty : (sms) Sya kasi silent mode hp sya. Call me back.

Pastu sya call dia balik.

Doretty : Hello.

Saya : Sumandak unduk ngadau, susa betul mau cari ko ni. Ko di mana oo?

Doretty : Sini gia sya ofis. Nda tau knapa ni hp sya ni.

Saya : Sya sponsor la tu kalau begitu. Senang sikit mau cari ko. Baru ada harapan.

Doretty : Ishh ko ni.. Boleh bah kalau ko... Knapa da tu?

Saya : Ni kita punya Komulakan Kota Belud bah. Sya mau cakap da sama ko yang hari 5 lagi, tapi sibuk gia betul tu hari. Sya cari-cari ko lepas habis tu konvensyen tidak jumpa.. Sya ingat ko mo ikut sya pigi tempasuk tu. Mummy ko bilang ikut sya.

Doretty : Mula-mula begitu la plan tu. Tapi sya drive dii sendiri. Tu uncle sya yang bawa dorang balik tempasuk. Bah jadi?

Saya : Pasal ni penyusunan semula Komulakan Upko Kota Belud.. Dulu ada 9 AJK ja, skrg ni lepas gabung trus sampai 20 AJK. Jadi sya kira daa mau kasi ko jadi Naib Ketua 1. Ko sama si Batren. Macam?

Doretty : Boleh tu. Itu yang sya tunggu-tunggu tu.

Saya : Uinaa... bah ada harapan ni. Bah kita miting bulan 11 ka. Bila kolej ko cuti semestar? Boleh masuk kampung sama-sama masa tu...

Doretty : Tu budak-budak start exam bulan 11. Ada cuti la nanti. Bah boleh bah..

Saya : Bah ada apa-apa nanti sya kasitau la. Nanti sya fix tu haribulan miting kita.

Doretty : Ok bos, atur saja.

Si Doretty ni seorang pensyarah di salah satu kolej di KK. Entah knapa tidak berkenal di matrikulasi dulu. Sya pigi miting Upko Bahagian Kota Belud, trus bapa dia yang kasitau sya pasal dia ni. Siap bagi resume lagi pasal dia ada memohon di SPA dulu. Mula-mula be-SMS dulu belum lagi bejumpa muka. Kali kedua sya datang miting Bahagian sana Tempasuk, dia ada juga sebab itu tempat miting kami sebelah rumah dia saja. Jadi siap la sya dorang kasi tius tu bahar Tempasuk.

Lepas tu sya telefon si Batren. Si Batren ni kerja sama uncle sya di Kota Belud, dorang ni ada kilang beras antara yang terbesar di Kota Belud.

Batren : Hallo.

Saya: Hallo bos. Apa macam? Ko di mana?

Batren : Ok bah. Sini-sini sya ni Kota Belud. Ko apa macam?

Saya : Orite bah. Saya cari-cari ko di Konvensyen tu hari tidak ada.

Batren : Tu la, sya kerja bah. Mau pigi bah da tu, tapi tidak dapat cuti. Itu malam, baru sya datang sodop pisompuruan dorang.

Saya : Oo... Sya skijap saja sana tu abis ada lagi program di KK tu malam. Bah begini bah da ni. Kita kena susun balik tu AJK Komulakan Kota Belud kita lepas penggabungan. Penaja dulu la. Nanti kita miting bulan 11 begitu. Sya kira mau kasi jadi ko Naib Ketua 3. Macam, ok ka?

Batren : Uiii... boleh betul tu. Bila lagi kita mau atur ni Komulakan kita kan? Sya orite. Nanti sya tolong ko.

Saya : Bah.. ok. Nanti kita lancar juga tu Komulakan cawangan ko lepas kita miting. Mau atur jadual dulu.

Batren : Bah ok. Jan susa. Sya atur.

Saya : Bah ada apa-apa nanti sya call la. Mau kasi fix tu miting dulu...

Batren : Ok bos, atur saja.

Jadi, suda ada dua Naib Ketua dari Tempasuk. Sebelum ni, fokus sya lebih kepada pelancaran Cawangan-Cawangan Komulakan di Kadamaian pasal itu sya punya Bahagian dahulu. Tapi saya tau juga di Tempasuk banyak juga Komulakan Upko, cuma sya belum berkesempatan untuk melawat kampung-kampung yang minta kami lancarkan Cawangan dorang.

Lepas itu, sya call lagi si Cornelia. Dia ni adik Timbalan Ketua Wanita Upko Kadamaian sebelum penggabungan Bahagian kami. Dia kerja di SESB, bahagian kejuruteraan.

Cornelia : Hallo.

Saya : Hello Connie. Ewon bah ni.

Cornelia : Ya... oo.. ada kakak sya call tadi.

Saya : Owh bah ngam. Itu la tu, dia cadang nama ko masuk senarai AJK Penaja Komulakan Upko Kota Belud. Jadi apa macam?

Cornelia: Boleh bah, tiada masalah. Tapi kalau hari-hari biasa kalau bukan hari cuti, sya kadang-kadang outstation tidak dapat balik KB ikut aktiviti. Tapi hujung minggu boleh. Kadang-kadang saja kami overtime kerja.

Saya: Nah... itu la.. Mau atur aktiviti hujung tahun bah ni. Tapi kita miting dulu dalam bulan 11 begitu ka. Nanti sya kasi fix tu haribulan, sya kasitau ko.

Cornelia : Ok, ada apa-apa kasitau ja sya nanti. Sya orite ja ni. Bagus bah masuk kampung-kampung orang kita.

Saya : Ok.. Nanti kita atur.

Pastu sya call-call si Quency, wakil Unduk Ngadau dari Tempasuk pigi betanding di Ranau bulan 5 yang lepas. Sya call-call dia tapi tidak dapat, balik-balik tu sumandak operator Celcom yang jawab. Pastu sya SMS dia saja.

Saya : (SMS) Hi quency... Ewon komulakan upko ni. Baru2 ni upko tempasuk bergabung dgn upko kadamaian menjadi upko kota belud.. jadi sya mendapat cadangan supaya sdri quency dilantik menjadi ajk komulakan upko kota belud... Harap dapat terima...

Tunggu punya tunggu, tiada dia balas-balas SMS ni. Dalam hati sya, "tiada harapan la ni" bilang sya punya hati. Sya balik rumah bujang sya dalam pukul 7, pastu on TV and baring-baring di sofa. Bangun-bangun saja sya mau dekat pukul 11 malam, banyak missed call dan SMS dari kawan-kawan saya. Ada kawan yang tanya sya di mana, ada yang tanya pukul brapa flight pigi KL, ada yang tanya sya mau pigi Pusakag ka tidak, ada yang sya apa macam, ada yang tanya jadi macam mana? dan ada juga yang SMS kasitau dorang 'odw' balik rumah dari sembayang rosarry. Tapi ada SMS yang sya tunggu-tunggu dari si Quency.

Quency : (SMS) Hi. sorry late reply.. dgn iklas hati sa blh terima jadi ajk.. hehe.. selepas tu ada apa2 yg perlu sa buat ka? hehehe

Pastu sya kira-kira mau call dia tapi mau tengah malam suda, jadi sya fikir tidak baguslah call tengah-tengah malam. Nanti sya call dia lepas sya kasi post ni post baru. Tapi yang penting sekali Quency suda jadi AJK sya di Pergerakan Komulakan Upko Kota Belud.

Saya berbangga kerana kawan-kawan dalam Komulakan seperti dorang ni memahami aspirasi dan perjuangan Upko dan sentiasa bersedia membantu parti. Dalam sehari saya telah mengaturkan 5 AJK baru sebagai tambahan kepada AJK kami yang asal. Begitulah semangat kami Komulakan Upko di Kota Belud. Bulan 11 nanti ni, kami akan mengadakan miting Jawatankuasa Penaja Pergerakan Komulakan Upko Kota Belud yang pertama kali. Semua tidak sabar-sabar mau mengatur. Salam semangat buat Komulakan Upko Kota Belud!

Monday, October 5, 2009

New and another job... Launching of Upko Kota Belud

Me being the Organising Secretary and at the same, heading the Komulakan Movement of Upko Kota Belud...

Committee members of Upko Kota Belud with Senator Datuk Maijol Mahap, our guest of honour at our Convention and Launching of our new Bahagian..

Kadamaian (43 Cawangans) + Tempasuk (21 Cawangans) = Upko Kota Belud (4430 members)
.
Ahli Jawatankuasa Upko Bahagian Kota Belud

Ketua Bahagian : Encik Muji Ampau
Timbalan Ketua Bahagian 1 : Encik Mail Balinu
Timbalan Ketua Bahagian 2 : Encik Dausin Pangalin
Naib Ketua 1 : Encik Mijulan Malujin
Naib Ketua 2 : Encik Limasan Dangkiris
Naib Ketua 3 : Encik Lajimin Luntab
Naib Ketua 4 : Encik Pailis Lingkum
Naib Ketua 5 (Wanita) : Datin Saniah Tuak
Naib Ketua 6 (Pemuda) : Encik Hibilius Baggai
Setiausaha : Encik Justin Dalansu
Penolong Setiausaha : Encik Salleh Suli
Bendahari : Encik Jaintin Molondoi
Penolong Bendahari : Encik Yosof Sontori
Pegawai Penerangan : Encik Ukoh Malajad
Penolong Pegawai Penerangan : Encik Jiroh Maun
Setiausaha Penganjur /
Ketua Pergerakan Komulakan : Encik Ewon Benedick
AJK Biasa : Encik Mondin @ Ricky Gimbun
: Encik Sinti Rantian
: Encik Sidin Batingot
: Encik Somuil Rasat
: Encik Padis Mengisan
: Encik Sarudin Lakui
: Encik Johan Subirik
: Encik Taising Bulang
: Encik Dumah Undahal
: Encik Gabriel Sipoi
: Encik Dalinsip Pangalin
: Encik Sibit Koingas
: Encik Therance Patrick
: Encik Giggong Sinandung
: Encik Elim Bantasan
.
Ahli Jawatankuasa Pergerakan Komulakan Upko Bahagian Kota Belud

Ketua Komulakan : Saudara Ewon Benedick
Timbalan Ketua Komulakan : Saudara Jolyhame Saran
Naib Ketua I : Saudari Doretty Jiroh
Naib Ketua II : Saudara Chalvers Mail
Naib Ketua III : Saudara Batren Dausin
Setiausaha : Saudara Braino Mailey
Penolong Setiausaha : Saudari Linah Simon
Bendahari : Saudari Batsheba Baggai
Penolong Bendahari : Belum diisi
Pegawai Penerangan : Saudara Edson Ukoh
Penolong Pegawai Penerangan : Belum diisi
Setiausaha Penganjur : Saudara Juansony Sidin
Ahli Jawatankuasa : Saudara Charlton Lajimin
: Saudara Hillary Sintih
: Saudara Irenzuan Taukin
: Saudara Bonnyjhon Kindangoi
: Saudari Madlinah Mairin
: Saudari Queency Victor
: Saudari G Stephen
: Saudari Lini Anggun
: Saudari Cornelia Debra Lambang
: Belum diisi

Sunday, October 4, 2009

Oktober 3.. Dedikasi untuk daddy

3 Oktober, 1989... 20 tahun yang lalu
aku duduk di beranda rumah kami di Penampang Proper
melihatnya menyeberangi padang
kemudian para pemain membaginya bola
lalu membuat sepakan bola
dan dia ditepuk-tangani... sepakan hebat
kemudian dia berenang menyeberangi Sungai Moyog
lalu menuju ke ladang sawah warisannya
seperti selalunya setiap petang
dia menggembalakan kerbau-kerbau ternaknya...

Mummy memanggilku masuk rumah
masa untuk makan... ujarnya
dan seperti selalunya setiap malam
aku menyedia pinggan nasi untuk empat orang
seorang masih belum sampai
aku ke beranda, duduk lalu menunggunya
namun dia tidak muncul seperti selalunya...

Malam itu aku tidur tanpa kepulangannya...

Besok harinya... begitu banyak orang di rumah
entah mengapa, sesuatu yang aku tidak fahami
“Daddy sudah balik, kenapa dia belum bangun?”
aku menanya mummy-ku
tapi mummy menangis... dan aku tidak memahaminya
ketika banyak orang menangis
aku... satu butir airmata sekalipun tidak keluar dari mataku
“Kenapa, mummy? Daddy sedang tidur, kenapa menangis?”
dan semakin ramai yang menangis selepas kataku itu...

Ayah... aku masih ingat ketika itu
dibawa... diangkat oleh banyak orang keluar dari rumah
“Kenapa mereka bawa daddy?”
tanyaku lagi... mummy menangis sambil mengemas bajuku
dia bahu sebelah kiriku, ada keratan kain hitam dipinkan...

Dan untuk beberapa hari selepas itu
masih banyak orang yang datang ke rumah setiap malam
dan setiap kali itu
aku menanya mummy-ku... “Mummy, di mana daddy?”
“Di mana mereka membawanya pergi”...
Soalan itu sehingga kini mummy tidak menjawap...

Tapi aku faham kini
daddy pergi jauh ke tempat dia dipanggil PenciptaNya
lalu di duduk di sebelah kananNya
melihat kami membina hidup baru di Kampung Kiau Taburi...

Dan selama 20 tahun ini
mummy menjadi daddy-ku
mummy menjadi kawan-ku
mummy menjadi pemimpinku
mummy menjadi segalanya bagi aku... dan juga adik
Daddy... mummy seorang santo..

Dan selama 20 tahun ini
ketika aku melihat kawan-kawan sebayaku masih berbicara bersama ayah mereka
aku hanya mampu bermimpi
dan berbicara dengan daddy-ku dalam mimpi
dan ia sesuatu yang sangat indah
daddy, mummy, adik dan aku dalam sebuah mimpi
seperti dahulu... sebuah famili yang serba sederhana tapi hebat...

Daddy... selama 20 tahun ini
mummy menjadi segalanya bagi aku dan adik
dengan penat lelah mummy... kami mencapai apa yang kami ada pada hari ini
pendidikan tinggi... kerjaya...
kami dedikasikan kejayaan ini untuk daddy di atas sana...

Hari ini aku bersama Upko
membawa sebuah perjuangan yang didasari oleh pengalaman ini
bahawa masyarakat kita memerlukan keprihatinan
bahawa kepayahan itu menjadi cabaran yang berguna
bahawa dengan kerinduan kasih sayang seorang ayah
aku akan menjadi seorang yang boleh berkhidmat
kepada masyarakatku, bangsaku, agamaku, negaraku
dengan prihatin....

Daddy... perjuangan ini adalah dedikasi kami untukmu
mummy, adik dan saya merinduimu
doa kami bersamamu
Novena... Rosari bulan Oktober ini untuk daddy di sana
Tuhan memberkati kita semua...

Wednesday, September 30, 2009

Perutusan Ketua Pergerakan Komulakan Upko Untuk Konvensyen Upko Bahagian

PERUTUSAN DARIPADA KETUA PERGERAKAN KOMULAKAN UPKO
Sempena Konvensyen Upko Peringkat Bahagian


Kopisanangan. Salam perjuangan buat semua warga Upko.

Upko, parti kita yang tersohor ini telah menjulang perjuangan rakyat sejak 15 tahun yang lalu. Dalam tempoh ini, ahli-ahli Pergerakan Komulakan telah melihat konsistensi perjuangan Upko di sepanjang peralihan psikologi mereka dari seorang murid sekolah ke seorang dewasa. Kini, kami turut bersama dengan parti Upko kerana keyakinan kami bahawa sesungguhnya parti ini menyediakan wadah buat generasi muda untuk turut sama terlibat di dalam proses pembangunan negara Bangsa Malaysia.

Kepimpinan berorientasikan prinsip yang dipegang teguh oleh Presiden menjadi idola, ketegasan Upko di dalam semua isu yang menjadi keprihatinan utama rakyat Malaysia menjadi tarikan dan idelogi serta matlamat Upko menjadi doktrin perjuangan ahli-ahli Pergerakan Komulakan.

Pergerakan Komulakan sentiasa bersedia memainkan peranan penting di barisan hadapan parti dan dalam masa yang sama, kami memerlukan tunjuk ajar dan teladan daripada pemimpin-pemimpin dan ahli sedia ada Upko. Sesungguhnya, Upko adalah ibarat institusi keluarga di mana ibu dan ayah, abang dan kakak turut bersama-sama membimbing seorang adik untuk turut sama memperjuangkan halatuju institusi.

Perubahan drastik teknologi maklumat dan komunikasi telah mengubah kehendak sosial pada masa kini. Peranan Pergerakan Komulakan sangat penting supaya perjuangan Upko dapat diadaptasi sesuai dengan perubahan ini. Dalam masa yang sama, kita harus menggunakan kecanggihan teknologi ini untuk terus menjana kekuatan dan sokongan rakyat, khususnya di kalangan generasi muda kepada parti Upko. Tahniah kepada semua Bahagian Upko yang telah mempunyai Pergerakan Komulakan.

“Kita berada di dalam Upko untuk tujuan dan niat yang betul.” Amanat Presiden Upko ini akan terus dihayati. Sesungguhnya, penyertaan ahli-ahli Pergerakan Komulakan dalam Upko berlandaskan kepada aspirasi rakyat dan isu-isu yang menjadi keprihatinan utama mereka. Mari kita terus berjuang!


EWON BENEDICK

Perutusan YB Presiden Upko Untuk Konvensyen Upko Bahagian

PERUTUSAN
YB TAN SRI BERNARD GILUK DOMPOK
PRESIDEN UPKO
Sempena Konvensyen Upko Peringkat Bahagian


Tabi pisompuruan kumaa toinsanan.

Upko, parti kita yang tercinta ini kini menjangkau usia penubuhan 15 tahun. Sepanjang tempoh ini, kita menjulang obor perjuangan rakyat ke tahap tertinggi. Usaha kita ini termasuklah menyuarakan isu-isu yang menjadi keprihatinan utama rakyat seperti peluang ekonomi, penyertaan dalam perkhidmatan awam, pendidikan, biasiswa, pembangunan tanah, kebebasan beragama, kemajuan pekebun kecil dan janaan pembangunan daripada sumber minyak negara.

Tahun ini juga menyaksikan perlantikan YAB Dato’ Seri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang ke-enam. Beliau telah memperkenalkan falsafah kepimpinan, iaitu “Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” yang berasaskan kepada prinsip saling menghormati dan mempercayai sesama kaum. Falsafah ini juga mengiktiraf dan menghargai sumbangan setiap kaum di dalam proses pembangunan negara Bangsa Malaysia.

Sesungguhnya, perjuangan kita selama ini amat bertepatan dengan halatuju falsafah ini. Kita akan terus menjadi wadah perjuangan isu-isu rakyat, lebih-lebih kini kita mempunyai Bahagian di Perak, Selangor dan Johor serta menarik sokongan keahlian daripada pelbagai kaum di negara ini.

Kita komited kepada Barisan Nasional, naluri kita sangat jelas. Kita berkerja untuk Barisan Nasional walau dalam keadaan sukar sekalipun. Kita sanggup kalah dalam pilihanraya kerana mempertahankan sesuatu yang betul, tapi kita tidak akan menjadi boneka orang lain.

Justeru, saya menyeru kepada ahli-ahli parti untuk terus berjuang berasaskan kepada integriti dan niat yang betul. Saya percaya, kepimpinan berorientasikan prinsip ini akan terus menjana sokongan rakyat kepada Upko. Mari kita terus berjuang!

Selamat bersidang, kounsikou.

TAN SRI BERNARD GILUK DOMPOK

Tuesday, September 29, 2009

A Promotion of Perjuangan

The Upko Divisional of Kota Belud will be having our first convention this Friday, October 2nd. In line with our newly amended Constitution of Upko, my Division – Kadamaian merged with Tempasuk to form Upko Kota Belud.

I was in USA when leaders from both divisions met for the first time to discuss the line-up. But so far, I have attended two meetings of the organizing committee for our divisional convention.

I have new Ketua Bahagian. The Ketua Pergerakan Wanita, Pemuda dan Komulakan are appointed from Kadamaian which means I’m now the Ketua Komulakan Upko Kota Belud. And the divisional committee also appointed me as the Organising Secretary – Setiausaha Penganjur Upko Kota Belud.

At divisional level, I now have bigger area and more Cawangans to look after. We have 21 Cawangans at Tempasuk plus 43 at Kadamaian, and you can imagine how challenging it is to service them. Moreover, I have to also service the Komulakan Movement in 28 divisions throughout the country.

Whatever it is, this is my perjuangan. This is my responsibility. I enjoy doing my political work – servicing the rakyat and become their listener. People first, that is the reason I joined politics through Upko. And now, our Prime Minister made the official theme for his leadership. People first, yeah… Upko is people-based party.

Wednesday, September 16, 2009

Malaysia Day - let us not distort the history

Last Sunday, Sandra Sokial and Mariah Doksil of Borneo Post interviewed Tan Sri Bernard Dompok, the President of Upko and Minister of Plantation Industries and Commodities on Malaysia Day – September 16. The exclusive interview is published today, but I have yet received a copy of it as friends in Sabah enjoying their holiday to commemorate the formation of Malaysia and I am sitting in my office here in Putrajaya.

Last week I prepared a statement for my boss in conjunction with the Merdeka Eucharistic Celebration in St John Church. I put a para in the statement that “Pada tanggal 31 Ogos ini, kita akan merayakan sambutan Hari Kebangsaan Malaysia. Bagi Semenanjung, ini juga merupakan ulangtahun kemerdekaan yang ke-52 kerana ia merdeka pada 31 Ogos 1957. Manakala bagi Sabah, ia merupakan ulangtahun yang ke-46 selepas mendapat kemerdekaan pada 31 Ogos 1963. Apa sekalipun perbezaan usia kemerdekaan ini, ia tidak dapat menggugat semangat patriotik dan cintakan negara di kalangan seluruh rakyat terutamanya sejak penubuhan negara Malaysia pada tanggal 16 September 1963”.

A top official from BERNAMA contacted me through emel to ask for clarification if the statement was really from the minister. They argued my statement and say that Sabah and Sarawak gained their independence through Malaysia, in which I strongly opposed and give my explanation. How can a national news agency did not know the history?

Last night, I received lots of SMS greeting me a Happy Malaysia Day. I thanked them all. Today, I’m receiving even more SMS. Some says “never ever forget that this is a historic day and that Sabah gained independence on this day”.

I sent SMS to my fellow Excos of Komulakan Movement of Upko saying that “Sabah gained its independence on August 31, 1963. Donald Stephens, the then Chief Minister of North Borneo (Sabah) announced it upon his arrival at Jesselton Airport from a successful Malaysia talk in Kuala Lumpur. The announcement of the formation of Malaysia was postponed to September 16, 1963. Therefore, Sabah was actually a free state of its own for 16 days”.

As I am doing my research on the political history of the Kadazadusun and am now compiling them into a pictorial book, I got a copy of the front page of Sabah Times on September 1, 1963 that Sabah was indeed an independence state on August 31, 1963 as announced by Donald Stephens.

We cannot distort history. As I see it now, even during my schooldays, the history book used in schools taught a different event and not the way as it was. Sabah and Sarawak never MERDEKA through Malaysia nor joined Malaysia. Sabah and Sarawak formed Malaysia together with Malaya and Singapore. Donald Stephens played important role in the process by chairing the Inter Governmental Committee (IGC) and even he was the one who announced the birth of a new nation called Malaysia on day of September 16, 1963. Therefore there is no such thing as 52nd merdeka celebration for Malaysia. Yes, Malaya, Sabah and Sarawak were colonized before but not Malaysia. This is a new nation after all the three states gained their own independence.

Let us not distort the history. And for as long as we are in Upko, for as long as I am breathing on earth, I will defend this history and make every effort to make it a day to remember for all Malaysian. As of today, I have the opportunity to do it in Komulakan Movement of Upko. Salam Malaysia to all… God bless Donald Stephens and those who were in history of Malaysia. Perjuangan untuk Malaysia.

Perak Fiasco - Mendahulukan Rakyat?

Pride - I was born to love you (a dedication to Sylvia J - in her final year of study)

Anwar: Give mandate back to the people

Barrack Obama Inaugural Speech As The 44th President of USA